Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Tiga serpihan didakwa milik MH370


7 SEPTEMBER 2016
Tiga serpihan didakwa milik MH370

Tiga serpihan didakwa milik MH370 Abreu menunjukkan serpihan dipercayai milik pesawat MH370 yang ditemui di perairan Mozambique. - Foto AFP
MAPUTO - MOZAMBIQUE. Pihak berkuasa Mozambique kelmarin, menunjukkan tiga serpihan terbaharu didakwa milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac dua tahun lalu.

Serpihan terbesar berbentuk segi tiga berwarna merah, putih dan metalik itu dijumpai oleh pemilik hotel Afrika Selatan di perairan Mozambique dekat wilayah selatan Inhambane, akhir bulan lalu.

Pengarah Institut Penerbangan Sivil Mozambique (IACM), Joao de Abreu berkata, ia merupakan kali pertama serpihan berwarna ditemui.

"Terdapat label pada bahagian dalam serpihan itu yang memudahkan kita untuk mengenal pasti dari mana ia datang," katanya.

Sementara itu, dua serpihan kecil ditemui anak lelaki seorang diplomat Kesatuan Eropah (EU) berhampiran pusat pelancongan di selatan Xai Xai dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa bulan lalu.

Menurut Abreu, kesemua serpihan berkenaan akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang membawa 239 penumpang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur. - AFP

No comments:

Post a Comment