Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Tiga rakan didakwa perdagang wanita





Shamsul Munir Safini dan Amir Farhan Mohd Shaiful Bahrun
am@hmetro.com.my


Butterworth: Mahkamah Sesyen di sini mengenakan ikat jamin RM140,000 ke atas tiga rakan yang mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan memperdagangkan wanita warga asing di sini, hari ini.

Ketiga-tiga tertuduh, seorang lelaki dan dua perempuan membuat pengakuan berkenaan selepas didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Permerdagangan orang dan Penyeludupan Migran 2016.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pertama, Tan Wooi Sing, 45, didakwa memperdagangkan lima wanita Thailand dan seorang Vietnam di pusat urut di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada 11 malam, 27 Jun 2016.

Tertuduh kedua Lee Li Suan, 44, dan tertuduh ketiga Sim Siew Fong, 35, masing-masing didakwa bersubahat memperdagangkan enam warga asing di tempat dan masa yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen 1 Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan ikat jamin RM65,000 atas tiga pertuduhan dihadapi Tan, Lee dan Sim manakala Hakim Mahkamah Sesyen 2, Norashima Khalid mengenakan ikat jamin RM75,000 ke atas tiga lagi pertuduhan dihadapi tertuduh.

Pertuduhan dilakukanTimbalan Pendakwa Raya J Kaaameni dan S Selvaranjini manakala tertuduh diwakili T Jegadeeson.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 12:49 PM

No comments:

Post a Comment