Search This Blog

Loading...

Thursday, September 1, 2016

Tiga maut dua kereta bertembung




Sebuah daripada dua kereta yang terbabit kemalangan maut, malam tadi. FOTO ihsan bomba

Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my


Jempol: Tiga maut, tiga lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Bahau-Keratong, 8.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Nor berkata, mangsa yang terbunuh adalah Sha'ri Md Akim, 63, yang juga pemandu Proton Perdana.

Katanya, dua lagi yang terkorban adalah pemandu dan penumpang Proton Waja dikenali sebagai R Julie, 34, dan R Saniasammah, 58.

"Anak Sha'ri, Siti NurAzeera, 18, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah.

"Dua lagi yang parah adalah M Rajaispasri, 47, dan K Srinikha, 6. Kedua-dua mangsa ini adalah penumpang Proton Waja," katanya ketika dihubungi.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila Proton Perdana dinaiki dua beranak itu dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke Bahau, dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Waja.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu kereta terbabit maut di tempat kejadian.

"Semua mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 11:46 PM

No comments:

Post a Comment