Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Tawa tukar tangisan




ANGGOTA bomba menemui mayat mangsa.

Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my


Kuala Kubu Bharu: Kegembiraan sembilan sahabat memancing dan mandi di Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika seorang daripada mereka, Muhammad Azimzulhilmi Mohd Bakri, 22, tergelincir ketika memancing dan hilang di dasar sungai.

Buntu dengan situasi itu, rakan mangsa menghubungi talian kecemasan bagi meminta bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.20 petang.

“Mangsa ditemui 30 minit kemudian pada kedalaman tiga meter di dasar sungai,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 10:47 AM

No comments:

Post a Comment