Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Taufan Newton ragut 2 nyawa di Mexico

RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 12:16 PM

PENDUDUK melihat keadaan sebuah restoran di tepi pantai yang musnah akibat ombak besar disebabkan Taufan Newton di Los Cabos, Mexico. - Foto REUTERS

LA PAZ: Dua maut manakala tiga lagi hilang apabila Taufan Newton mencetuskan ombak besar di semenanjung Baja California yang menenggelamkan kapal menangkap udang pada Selasa.

Dua mayat berkenaan ditemui di pantai Las Barrancas berhampiran La Ribera dan Cabo Pulmo, kata pengarah perlindungan awam Los Cabos, Marco Antonio Vazquez.

 Di sebalik amaran supaya tidak ke laut, mereka tidak mengikut arahan keselamatan, kata Vazquez, menambah tragedi berlaku antara Laut Cortez dan Lautan Pasifik.

Pihak berkuasa menutup pelabuhan kepada kapal kecil sejak lewat Isnin disebabkan angin kuat Newton dan bimbang dengan ribut.

Sebuah kapal layar juga karam tetapi dua penumpangnya berjaya diselamatkan. Newton melakukan pendaratan berhampiran pusat peranginan Los Cabos sebelum subuh, menumbangkan pokok dan memecahkan tingkap tetapi tidak menyebabkan kerosakan teruk, dua tahun selepas Taufan Odoli meragut enam nyawa dan menyebabkan kemusnahan bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion). - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190537

No comments:

Post a Comment