Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Tangkap, hukum 24 jam





ANGGOTA keselamatan membuat pemeriksaan dokumen jemaah.

Agensi
Makkah: Jemaah yang ditangkap cuba memasuki Makkah atau tempat suci tanpa permit Haji akan dibicarakan dan dihukum dalam tempoh 24 jam, menurut seorang pegawai kanan penjara.

“Keputusan pemenjaraan dan denda terhadap jemaah yang menyalahi undang-undang akan dibuat dalam tempoh 24 jam,” kata pengarah Jabatan Ekspatriat di Direktorat Am Penjara, Mejar Jeneral Muhammad Al-Anzi.

Katanya, hukuman terhadap jemaah haram dan pemandu kenderaan yang mengangkut mereka adalah muktamad.

Keputusan akan dikeluarkan jawatankuasa pentadbiran khas yang ditempatkan di pos pemeriksaan di sepanjang jalan ke Makkah dan tempat suci.

Pesalah kemudian akan dihantar ke pusat tahanan berhampiran pos pemeriksaan Al-Shumaisi di sepanjang Lebuh Raya Jeddah-Makkah dalam masa 48 jam.

Menurut Muhammad, banyak laluan keluar sebelum pos pemeriksaan Makkah dan tempat-tempat suci bagi membolehkan mereka yang tiada permit haji berpatah balik.

Bagaimanapun, mereka akan ditangkap dan dibicarakan jika cuba melepasi pos pemeriksaan tanpa permit.

Pengarah Jabatan Lalu Lintas Makkah Kolonel Basim Al-Badri berkata, tiada kenderaan akan dibenarkan memasuki jalan utama menuju ke tempat suci.

Lebih 27,000 anggota keselamatan akan dikerah ketika musim haji bagi memastikan keselamatan jemaah.

Komander Pasukan Keselamatan Haji, Jeneral Khaled Al-Harbi berkata, laungan slogan juga tidak dibenarkan.

“Kader keselamatan kami berupaya menguruskan orang ramai dan memastikan keselamatan mereka,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:34 AM

No comments:

Post a Comment