Search This Blog

Loading...

Sunday, September 11, 2016

Syarikat penghantaran wang dirompak dua lelaki berparang



LOKASI kejadian syarikat penghantaran wang dirompak.

Nilai: Sebuah syarikat penghantaran wang kerugian RM25,000 apabila dirompak dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Jalan TS 2/ 1E, Taman Semarak, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, dalam kejadian jam 4.10 petang, dua lelaki berusia 20-an menerjah masuk ke dalam premis terbabit.

Katanya, sebaik tiba di kaunter, seorang daripada mereka mengacukan parang terhadap penjaga kaunter berkenaan.

“Suspek ketika itu mengugut mencederakan penjaga kaunter sekiranya tidak diserahkan wang.

“Berikutan ketakutan, penjaga kaunter yang juga seorang lelaki terpaksa menyerahkan wang berjumlah RM25,000,” katanya.

Azrul Hisham berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua lelaki terbabit memakai topi keledar sebelum memasuki premis penghantaran wang ke negara asing itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:21 AM

No comments:

Post a Comment