Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 6, 2016

Sumbat lembu korban dalam kereta




Oleh OTHMAN YAHAYA

Seekor lembu yang dipercayai dicuri ditemui mati selepas kenderaan yang dipandu penjenayah hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam tali air berdekatan Pusat Rekreasi Pintu Air Tok Keramat, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Dua pencuri berputih mata apabila tindakan mereka melarikan seekor lembu gagal selepas kereta yang dinaiki bersama haiwan itu terbabas lalu terhumban ke dalam tali air berdekatan Pusat Rekreasi Pintu Air Tok Keramat, Padang Cempedak di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu turut mengakibatkan lembu yang disumbat di bahagian tempat duduk belakang kereta jenis Toyota Corolla mati dipercayai mengalami kecederaan serta lemas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, pihak­nya sebelum itu telah terserempak kereta yang dinaiki suspek semasa membuat rondaan di Padang Cempedak, kira-kira dua kilo­meter dari pekan Tasek Gelugor.

“Dua anggota peronda yang bertugas ketika itu telah me­nemui kereta yang dipandu dua suspek terbabit dalam ke­a­daan terhuyung-hayang ke kiri dan kanan jalan.

“Curiga dengan keadaan mereka, anggota kita cuba mendekati kereta terbabit dan telah mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan,” kata Azmi ketika dihubungi Kosmo! di sini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4JQdBaew7
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment