Search This Blog

Sunday, September 4, 2016

Siasatan penyelewengan RM76 juta, 7 individu bebas reman


03 September 2016 5:40 PM
Rasuah

Rasuah
PUTRAJAYA 3 Sept. - Tujuh individu yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek saluran paip minyak bernilai RM76 juta di selatan tanah air, dibebaskan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Kesemua lelaki itu, yang berumur di antara 27 hingga 60 tahun, terdiri daripada seorang pengurus besar syarikat cari gali minyak, seorang pengurus syarikat kontraktor dan lima kontraktor.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pengurus syarikat kontraktor terbabit dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM30,000 dan bon RM500,000 dengan dua penjamin.
Pengurus besar syarikat minyak dan lima kontraktor pula masing-masing dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM10,000 dan bon RM50,000 dengan dua penjamin.
Pengurus besar syarikat minyak, pengurus syarikat kontraktor serta empat kontraktor ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Ogos lepas sebelum disambung reman empat hari lagi sehingga hari ini.
Seorang lagi kontraktor berusia 27 tahun, yang merupakan anak kepada pengurus syarikat kontraktor terbabit, ditahan reman pada 30 Ogos lepas.
Sebelum ini, seorang pengurus projek syarikat minyak berusia 60 tahun dan seorang kontraktor berumur 51 tahun, yang ditahan berhubung kes sama, dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai pada 30 Ogos lepas. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/siasatan-penyelewengan-rm76-juta-7-individu-bebas-reman-1.378079#sthash.JpD7bFDa.dpuf

No comments:

Post a Comment