Search This Blog

Loading...

Thursday, September 1, 2016

Senjata api, dadah dirampas dalam serbuan di pangsapuri


01 September 2016 12:27 AM
RAMLI DIN menunjukkan senapang angin yang dirampas dalam sidang

RAMLI DIN menunjukkan senapang angin yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri di Bukit Beruang, Melaka, semalam.
MELAKA 31 Ogos – Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang membuat serbuan di sebuah rumah pangsapuri di Bukit Beruang di sini semalam bukan sahaja menemukan dadah tetapi juga selaras senapang dan pelurunya.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, senapang angin bertulis Canon Super Model Kaliber 177 bersama 180 butir peluru timah itu ditemukan hasil pemeriksaan lanjut di premis yang disewa oleh seorang lelaki berusia 51 tahun.
Katanya, dalam serbuan pukul 8 malam itu, pihaknya berjaya merampas dadah disyaki heroin seberat 75.6 gram dan syabu seberat 2.22 gram yang dianggarkan bernilai hampir RM3,000.
‘‘Ekoran penemuan dadah dan senjata api itu, kita menahan lima suspek iaitu tiga lelaki dan dua perempuan berumur antara 18 hingga 51 tahun.
‘‘Salah seorang suspek wanita itu yang berusia 35 tahun merupakan kakitangan awam yang telah berkhidmat lebih tujuh tahun,’’ katanya dalam sidang akhbar berkenaan kes rampasan dadah dan senjata api tersebut di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) ne­geri, Bukit Beruang, di sini hari ini.
Jelas Ramli, ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah disyaki jenis methamphetamin.
‘‘Semakan lanjut mendapati tiga daripada suspek itu mempunyai 33 rekod jenayah lampau dengan 27 daripadanya dilakukan oleh suspek berumur 51 tahun itu,’’ jelasnya.
Tambah Ramli, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/senjata-api-dadah-dirampas-dalam-serbuan-di-pangsapuri-1.377146#sthash.jYCFaEG3.dpuf

No comments:

Post a Comment