Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Sembilan kena kurung, rantai dibiar kelaparan

ASRI YUSOFF (dua dari kiri) bersama Abd. Jalil Hassan (kiri) dan

Mangsa pemerdagangan manusia warga Bangladesh, Myanmar
JAMLIAH ABDULLAH  |  07 September 2016 1:05 AM

ASRI YUSOFF (dua dari kiri) bersama Abd. Jalil Hassan (kiri) dan Mohd. Nashir Ya (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah menunjukkan gambar sembilan lelaki warga asing yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan oleh polis dalam satu serbuan di Kampung Charok Keladi Pokok Assam, Pendang, Kedah, semalam. UTUSAN/SAFRIZAL AZMI
ALOR SETAR 6 Sept. - Tidak berperikemanusiaan. Itulah yang berlaku ke atas sembilan lelaki warga asing dipercayai mangsa pemerdaga-ngan manusia yang bukan sahaja ditemukan dalam keadaan tidak bermaya dan kelaparan malah mereka dirantai di sebuah rumah di Kampung Charok Keladi Pokok Assam, Pendang dekat sini hari ini.
Mangsa yang terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berusia 22 hingga 45 tahun itu dipercayai diculik dan dikurung di rumah berkenaan sebelum suspek menghubungi keluarga di negara masing-masing untuk mendapatkan wang tebusan sehingga RM15,000 setiap orang atau mereka akan dibunuh.
Mangsa berjaya diselamatkan polis dalam serbuan ke rumah berkenaan kira-kira pukul 1.30 pagi yang turut membawa kepada penahanan enam lelaki termasuk dua warga asing yang berusia 15 hingga 38 tahun dipercayai terbabit dengan kes itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff berkata, enam daripada sembilan mangsa itu diculik di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani pada 29 Ogos lalu.
“Serbuan adalah susulan daripada laporan berhubung dengan penculikan enam lelaki warga Bangladesh itu yang kemudian turut menemukan dua lagi lelaki Bangladesh yang diculik di Kuala Lumpur dan seorang lelaki Myanmar diculik dari Perak.
“Keluarga mangsa yang berada di Bangladesh dilaporkan menerima ugutan bahawa mangsa akan dibunuh sekiranya wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang daripada mereka tidak dibayar. Dua keluarga mereka dikatakan turut membayar wang tebusan berke­naan,” katanya kepada pem­berita dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Po­lis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Yang hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Jalil Hassan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisio-ner Mohd. Nashir Ya.
Menurut Asri, dua dari­pada suspek mempunyai rekod jenayah melibatkan kes culik sementara le­laki Bangladesh itu dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan memeras ugut keluarga mang­sa.
“Polis masih mengesan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang disyaki turut terlibat dalam kes itu,” katanya.
Asri berkata, dengan penangkapan tersebut pihaknya percaya berjaya melumpuhkan kumpulan melakukan aktiviti pemerasan ke atas warga asing di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur selama ini.
Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan Seksyen 13 Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sembilan-kena-kurung-rantai-dibiar-kelaparan-1.379531#sthash.QelCRLRr.dpuf

No comments:

Post a Comment