Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Selepas tauke bauksit didenda, pemandu lori pula dituduh



KUANTAN – Seorang bekas pemandu lori bauksit tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian seorang guru wanita pada tahun lalu.

Fairul Azman Azmi, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.20 petang, 21 Disember 2015 di hadapan Ibam Mining Sdn. Bhd. Sungai Karang, Jalan Pintasan Kuantan dan ketika itu Fairul Azman memandu lori bernombor pendaftaran MAA 1595.

Fairul Azman didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Dalam kejadian pada 21 Disember 2015, guru Sekolah Kebangsaan Balok, Norhaili Ahmad Zabidi (gambar kecil), 40, maut selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya dirempuh tayar yang terpelanting dari lori bauksit yang dipandu Fairul Azman.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4Jo45kwl2
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment