Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Sebutan Kes Bekas Pegawai SPRM Pada 11 Oktober Ini


Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 6:13 PM

Sebutan kes Ramlan Amir Man, 46, (tengah) pada 11 Oktober ini. Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 11 Oktober depan bagi sebutan kes seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghadapi tuduhan menipu.  

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab.Rahman menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Ramlan Amir Man melantik peguam untuk mewakilinya.    

Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa pada Jumaat telah ditetapkan bagi sebutan kes itu tetapi Ramlan masih belum mempunyai peguam.

Ramlan pula menjelaskan dia telah menghubungi seorang peguam melalui telefon tetapi peguam itu belum bersetuju mewakilinya kerana mahu bertemu dengannya terdahulu.    

Ramlan,46, dituduh menipu Mek Nas Mat Jusoh, 58, dan Rosli Md Aris, 59, dengan memperdaya mereka untuk membeli kereta jenis Toyota Wish.

Dia dituduh memperdaya Mek Nas membeli kereta itu yang bernilai RM30,000 dan dengan curangnya mendorong wanita itu untuk menyerahkan wang RM29,500 sebagai pembayaran kereta berkenaan.  

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Food Court Kompleks Kejiranan Presint16, Putrajaya pada 8 Feb 2011 hingga 22 Feb 2012.  

Ramlan juga didakwa menipu Rosli, 59, dengan memperdayanya membeli kereta Toyota Wish bernilai RM35,000 dan dengan curangnya mendorong lelaki itu supaya menyerahkan wang RM35,000 sebagai pembayaran kereta tersebut.  

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kedai runcit Linor, Presint 16,Putrajaya pada 16 April 2011 hingga 25 Mei 2011.   -Bernama

No comments:

Post a Comment