Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Rugi RM59,000 kondominium dipecah masuk


07 September 2016 12:29 AM

ABDUL WAHIB MUSA
BATU PAHAT 6 Sept. – Seorang ejen insu­rans kerugian kira-kira RM59,000 setelah kondominium didiaminya bersama suami, anak dan menantunya dipecah masuk seorang lelaki di Hillview Loft, Jalan Melor di sini akhir bulan lalu.


Dalam kejadian 23 Ogos lalu itu, mangsa yang berusia 55 tahun dan suaminya hanya menyedari kediaman mereka dimasuki pencuri sebelah malam setelah keluar bekerja sejak pukul 6 pagi.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, ma­ngsa dan suaminya keluar terlebih dahulu untuk menghantar anak ke sekolah sebelum terus ke tempat kerja masing-masing.
“Sementara anak perempuannya bersama-sama menantu keluar kira-kira 11 pagi dan telah menutup pintu utama rumah tanpa dikunci kerana rosak dan hanya mengunci pintu jeriji dengan menggunakan kunci mangga.
“Setelah pulang pukul 8.30 malam, mangsa sedar mangga di pintu jeriji tiada tetapi masih tertutup rapat bersama-sama pintu utama rumah sebelum menyedari bilik kedua dalam ke­adaan terbuka dan berselerak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Wahib menambah, pemeriksaan lanjut mendapati beberapa utas barang kemas, wang tunai, peralatan elektronik berserta koleksi minuman keras hilang yang nilainya keseluruhan mencecah RM59,000.
Katanya, bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun di Selayang, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
“Suspek diberkas bersama-sama se­rangkai kunci kereta, komputer riba dan telefon bimbit yang disyaki barang curi dan mengaku melakukan satu kejadian lain pada Mei lalu di kawasan sama,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rugi-rm59-000-kondominium-dipecah-masuk-1.379312#sthash.y8TcsQKj.dpuf

No comments:

Post a Comment