Oleh MOHD. AZLI ADLAN

Ahmad Zailani memeriksa salah sebuah mesin ATM yang diletupkan di Jalan Yahaya Ahmad, Kuala Dungun, Dungun semalam.
DUNGUN – Perbuatan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) semakin menjadi-jadi di Terengganu apabila dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai RM260,000 selepas bertindak meletupkan mesin ATM sebuah bank di Kuala Dungun di sini semalam.
Kejadian tersebut merupakan kes kedua rompakan mesin ATM dalam tempoh dua hari di negeri itu selepas kejadian di pasar raya Sabasun 2, Gong Badak, Kuala Nerus kelmarin yang melibatkan kerugian RM1.14 juta.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, dua penjenayah bertopeng hanya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk meletupkan dan melarikan wang tunai berjumlah RM260,000 dari mesin ATM bank itu yang terletak di Jalan Yahaya Ahmad pada pukul 5.50 pagi.
“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bank terbabit, dua penjenayah terbabit telah memasuki ruangan premis bank yang menempatkan tiga mesin ATM dan dua mesin deposit tunai pada pukul 5.47 pagi.
“Mereka mengumpil lapisan pertama mesin ATM yang terletak paling hampir dengan pintu utama menggunakan peralatan kuku kambing sebelum meletakkan objek dipercayai bahan letupan di dalamnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4JQdNmLms
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment