Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Rempuh pembahagi jalan, hempap Myvi



FOTO Muhammad Apendy Issahak

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Ipoh: Lebuh raya PLUS dari Plaza Tol Ipoh (S) menuju Simpang Pulai sesak lebih lima kilometer berikutan treler terbalik melintang laluan, malam tadi.

Kejadian berkenaan berikutan kemalangan antara treler yang membawa muantan kayu dengan Peodua Myvi di Kilometer 283.8 lebuh raya PLUS, pada 10.40 malam.

Pemandu treler dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu hanya boleh menggunakan laluan kecemasan.

Difahamkan, pemandu treler mengelak kereta, rempuh pembahagi jalan, terbalik dan menghempap Myvi terbabit yang dipandu seorang lelaki.

Sehingga kira-kira 1 pagi ini, polis dan PLUS masih mengawal lalu lintas dan menunggu dua kren sampai untuk mengalihkan treler berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 1:39 AM

No comments:

Post a Comment