Search This Blog

Loading...

Friday, September 2, 2016

Reman suspek bunuh tiga beranak dilanjut


02 September 2016 12:12 AM
Perintah tahanan reman ke atas suspek (depan) kes pembunuhan kejam

Perintah tahanan reman ke atas suspek (depan) kes pembunuhan kejam tiga beranak di Kampung Bertam Malim di Melaka, disambung selama tujuh hari lagi, semalam. UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
MELAKA 1 Sept. – Tempoh tahanan reman ke atas suspek utama kes pembunuhan kejam tiga beranak di Kampung Bertam Malim di sini, dilanjutkan oleh Mahkamah Majistret di sini selama tujuh hari lagi bermula esok.
Lelaki berusia 26 tahun itu yang juga penganggur telah direman selama seminggu pada 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah tersebut, Mohd. Anuar Ostadi.
Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari itu tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 10.30 pagi untuk proses lanjutan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Utusan Malaysia pada 25 Ogos lalu melaporkan, tiga beranak termasuk sepasang suami isteri warga emas maut dipercayai dikelar seorang pemuda yang merupakan ahli keluarga angkat mangsa di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim.
Mayat Hasan A. Wahab, 70, isterinya, Mariah Baharin, 62, ditemukan dalam bilik tidur berasingan, manakala anak lelaki tunggal mereka, Mohammad Taufeq, 22, pula dijumpai di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 6.45 pagi, hari kejadian oleh penduduk kampung.
Suspek yang melarikan diri dengan sebuah kereta, berjaya ditahan polis di pekarangan sebuah masjid di Bukit Rambai di sini pada pukul 11 pagi iaitu kira-kira empat jam selepas kejadian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/reman-suspek-bunuh-tiga-beranak-dilanjut-1.377325#sthash.dUriPncm.dpuf

No comments:

Post a Comment