Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Remaja maut langgar lori

JENAYAH KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 4:14 PM

Oleh Norashikin Leman bhnews@bh.com.my

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 21.5 Lebuhraya Kesas di Klang, hari ini. - Foto Ihsan Polis

 KLANG: Seorang penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan khas, maut selepas terlanggar belakang sebuah lori rosak dan sebuah kereta di lorong kecemasan di Lebuhraya KESAS di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam di Kilometer 21.5 itu, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan paha.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, Deputi Superintendan Md Dom Dollah, berkata mangsa dikatakan menunggang motosikal berseorangan dari arah Shah Alam menghala Klang menggunakan laluan kecemasan.

 Katanya, remaja berkenaan gagal mengelak sebuah lori rosak yang diletakkan di lorong itu lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun sebelum terbabas dan melanggar pula sebuah PROTON Waja.

 "Mangsa kemudian terpelanting ke tengah lebuh raya dan cedera parah di kepala dan paha kiri.

Pemandu lori dan pemandu PROTON Waja, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tidak cedera.

 "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 21.5 Lebuhraya Kesas di Klang, hari ini. - Foto Ihsan Polis

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190957

No comments:

Post a Comment