Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Rakyat Venezuela tukar senjata api dengan gajet, barang elektrik


 AFP - SEBAHAGIAN senjata api yang diserahkan oleh rakyat Venezuela untuk ditukar dengan barangan elektrik dan gajet elektronik di Caracas kelmarin.

CARACAS – Kerajaan Venezuela telah melancarkan satu kempen besar-besaran untuk mendapatkan senjata api yang dimiliki rakyatnya dengan menukar kepada barangan elektrik dan gajet.

Menteri Dalam Negeri, Nestor Reverol berkata, sehingga kini seramai 1,130 orang telah menyerahkan senjata api mereka untuk mendapatkan televisyen, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk dan komputer tablet.

“Kami akan memberi anda te­levisyen. Terima kasih saudara ke­rana mengambil bahagian pada hari penuh bermakna dalam kempen perlucutan senjata,” kata Reverol kepada seorang peserta sambil berjabat tangan dan menyerahkan sijil kepadanya di tengah Caracas.

Kesemua senjata api itu seperti pistol, senapang patah, senapang serta mesingan lama kemudian dimusnahkan menggunakan mesin tekanan hidraulik.

Venezuela kini mengalami krisis ekonomi yang menyebabkan kekurangan makanan, berlakunya rusuhan dan kecurian.

Menurut pegawai, keadaan itu telah memburukkan rasa tidak selamat di negara tersebut yang sudah pun mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia dengan 58 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Kerajaan berkata, pihak berkuasa telah memusnahkan sejumlah 18,294 senjata api di negara itu tahun ini. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4Jo4JDYxa
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment