Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Rakyat Malaysia mati ditembak di selatan Thailand


ROHANA ISMAIL
4 SEPTEMBER 2016

Mohamad Rizuwan Mohamad


Mohamad Rizuwan Mohamad
TUMPAT - Seorang lelaki rakyat Malaysia maut di selatan Thailand dipercayai ditembak menggunakan senapang angin pada jam 11 malam tadi.

Mangsa, Mohamad Rizuwan Mohamad, 27, ditemui di dalam bot dekat Pangkalan Pisau Raut oleh adiknya selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa sebelah kiri dipercayai kesan tembakan menggunakan senapang angin.

"Mangsa meninggal dunia di Selatan Thailand kemudiannya mayat itu ditinggalkan di dalam bot dekat pangkalan Pisau Raut.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh adiknya ke Unit Forensik Hospital Tumpat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Berangan Hujung sempena penyampaian sumbangan pesakit kronik kepada Nur Irisya Miasara Marzuki, 5.

Abdul Rahman berkata, kes ini masih dalam siasatan dan pihaknya akan bekerjasama dengan polis Thailand.

"Kita percaya mangsa tidak berseorangan ke Thailand dan akan mengumpul maklumat untuk mengetahui motif kejadian tersebut.

"Harap jangan   ada pihak membuat spekulasi, mayat masih belum lagi dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau.

No comments:

Post a Comment