Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Polis selamatkan 9 mangsa culik





Oleh ZAID MOHD. NOOR

Asri (dua dari kanan) menunjukkan rantai besi yang digunakan untuk mengikat kaki sembilan mangsa culik pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Lapan warga Bangladesh dan seorang rakyat Myanmar yang menjadi mangsa culik ditemui dalam keadaan lemah dan lapar serta kaki dirantai di sebuah rumah di Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, ke­semua warga asing berumur 22 hingga 45 tahun yang turut dipukul dengan batang paip getah itu diselamatkan selepas sepasukan polis menyerbu rumah tersebut pukul 1.30 pagi.

Menurutnya, polis turut menahan enam lelaki terma­suk seorang warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki Myanmar berusia 15 hingga 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket penculikan tersebut.

Katanya, salah seorang ahli kumpulan sindiket itu adalah pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di negeri ini yang ditahan bersama bapanya yang ber­usia 38 tahun.

“Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian culik melibatkan enam pekerja asing warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani dekat sini pada 29 Ogos lalu.

“Berdasarkan laporan itu, keluarga enam mangsa di Bangladesh telah menerima ugutan akan membunuh mangsa jika tidak membayar wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4JWRykDLo
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment