Search This Blog

Thursday, September 1, 2016

Polis rampas kotak susu berisi syabu





01/09/2016 3:38pm


Pemeriksaan ke atas tiga kotak itu menemui lima bungkusan besar berisi dadah jenis syabu.

KOTA KINABALU - Polis menahan dua lelaki dan merampas lima kilogram syabu dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini pada Isnin lalu.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Gaya dan kompleks membeli belah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Mohamed Fadzil A. Rahman berkata, seorang suspek yang ditahan turut membawa sebuah beg kertas berisi tiga kotak susu.

Katanya, pemeriksaan ke atas tiga kotak itu menemui lima bungkusan besar berisi dadah jenis syabu.

"Anggaran keseluruhan syabu yang dirampas ialah lima kilogram dengan nilai rampasan bernilai RM600,000," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4IzXfGhyf
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment