Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Perhilitan tangkap dua gajah liar di Jeli





07/09/2016 3:10pm

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap dua daripada enam gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk Kampung Lawar di sini, pada 31 Ogos lepas.

Pengarahnya, Mohamad Khairi Ahmad berkata dua gajah betina itu, masing-masing berusia 15 dan 30 tahun serta seberat satu dan dua tan itu ditangkap menggunakan kaedah tembakan pelalian.

"Pada 31 Ogos lepas, pihak kami menerima aduan daripada penduduk yang mendakwa telah terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan ketika sedang memungut durian di kebunnya.

Perhilitan Kelantan kemudiannya menghantar lapan anggota ke kampung tersebut untuk membuat pemantauan dan membuat tangkapan pada hari sama kejadian tersebut dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Khairi berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan bagi menjejaki baki empat lagi gajah yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan perkampungan itu. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz4JYdjSbyg
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment