Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Perang dadah Duterte tiada diskriminasi





MANILA – Ketua polis Filipina semalam memberi amaran bahawa anggotanya bersedia membunuh sesiapa sahaja termasuk golongan kaya dan ahli politik berpengaruh sekiranya mereka terlibat dengan dadah.

Sejak Presiden Rodrigo Duterte berkuasa lebih dua bulan lalu, kerajaan menyatakan bahawa lebih 2,400 orang terbunuh dalam kempen antijenayah yang mencetuskan bantahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Jika mereka melawan, mereka akan mati. Yakinlah, kami tidak mengamalkan diskriminasi. Tidak kira anda kaya atau miskin, polis ataupun orang awam, malah jika anda ahli politik sekalipun anda akan mati sekiranya terlibat dengan dadah,” kata Ketua Polis Filipina, Ronald De la Rosa pada satu sidang akhbar semalam.

De la Rosa yang merupakan pelaksana utama perang dadah Duterte menegaskan bahawa polis juga tidak mempunyai belas kasihan terhadap anggotanya yang makan rasuah.

“Kami lebih gemar membunuh rakan sekerja yang membelot. Mereka ini pengkhianat,” katanya.

Pada minggu lalu, Duterte mengisytiharkan darurat selepas serangan bom di Bandar Davao yang meragut 14 nyawa, manakala 70 orang cedera.

– AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4JQdZ31AP
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment