Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Penghantar surat dipenjara curi iPhone 6 Plus





07/09/2016 4:32pm

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri telefon bimbit jenis iPhone 6 plus, seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara lima hari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Fitri Abdul Razak, 30, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit di Kafe Siber Skyone, 17 Jalan Prima, Kepong, di sini, pada 5 petang, tiga hari lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala, bagi kesalahan kali kedua boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon denda yang minimum. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4JYdSmUx6
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment