Search This Blog

Friday, September 2, 2016

Penggodam emel Hillary Clinton dipenjara 52 bulan


2 SEPTEMBER 2016
Penggodam emel Hillary Clinton dipenjara 52 bulan

Penggodam emel Hillary Clinton dipenjara 52 bulan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Penggodam yang mendedahkan kandungan  emel peribadi milik Hillary Clinton dijatuhkan hukuman penjara 52 bulan oleh mahkamah di Virginia, semalam.

Marcel Lazar, 44 warganegara Romania menggunakan nama ‘Guccifer’ mengaku bersalah Mei lalu atas tuduhan termasuk menggunakan akses terlarang kepada komputer yang dilindungi serta menggunakan identiti yang dicuri.

Sebelum ini, dalam satu wawancara Lazar mendedahkan dia telah menceroboh server peribadi ketika calon Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjawat sebagai Setiausaha Negara AS di rumahnya di Chappaqua, New York.

Namun, pihak berkuasa  menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai sia-sia, lapor Reuters.

Minggu lalu, hakim mengarahkan Jabatan Negara untuk menyemak 14,900 dokumen baharu, sebahagian besarnya dipercayai berupa emel peribadi kepada atau daripada Clinton yang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FBI sebelum ini mendakwa Clinton 'amat cuai' dalam mengendalikan maklumat sensitif ketika beliau menjadi Setiausaha Negara dan mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap beliau.

No comments:

Post a Comment