Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Pengerusi Bank Rakyat Didakwa Subahat Pecah Amanah


Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 11:10 AM


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan bank tersebut, Datuk Mustafha Abd Razak melakukan pecah amanah berhubung kes penyelewengan penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Mustafha menghadapi pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14, 991,293.

Kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 9.45 pagi ditemani peguam dan ahli keluarga mereka.

Terdahulu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 September bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.

No comments:

Post a Comment