Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Pencuri cedera kena belasah





Oleh OTHMAN YAHAYA

seorang lelaki ditangkap selepas cuba memecah cermin kereta penduduk di Flat Ampang Jajar, Mak Mandin, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Niat jahat seorang lelaki yang dipercayai cuba memecah cermin sebuah kereta yang diletakkan di kawasan belakang Flat Ampang Jajar, Mak Mandin di sini mengundang padah apabila dia dipukul penduduk yang berang dengan perbuatannya semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, suspek berusia 30-an mengalami kecederaan pada anggota badan dan muka.

Suspek yang dalam keada­an berlumuran darah kemudiannya diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, pihaknya telah menahan suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah curi di sekitar perumahan berkenaan.

“Kehadiran suspek di flat tersebut disedari anggota Komuniti Rukun Tetangga kawasan itu yang sedang melakukan rondaan dalam usaha mengekang kejadian pecah kereta yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4JiC4RvQ1
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment