Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Pemandu kegemaran Putin maut kemalangan


8 SEPTEMBER 2016
Pemandu kegemaran Putin maut kemalangan

Pemandu kegemaran Putin maut kemalangan Pemandu rasmi kegemaran Putin terbunuh serta-merta apabila kereta dipandunya terbabas.
MOSCOW – RUSSIA. Seorang lelaki yang dilaporkan sebagai pemandu kegemaran kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin meninggal dunia selepas kenderaan rasmi presiden itu berlanggar dengan sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Putin tidak berada di dalam kereta tersebut yang didaftarkan dengan Majlis Persekutuan atau Senat Rusia ketika ia berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis Mercedes dari arah bertentangan berhampiran Kutozovsky Avenue di Moscow," kata pegawai.

Pasukan paramedik mengesahkan bahawa pemandu kegemaran Putin itu yang membawa kereta jenis BMW terbunuh serta-merta ekoran daripada perlanggaran tersebut, lapor Metro.uk.

Selain itu, pemandu Mercedes itu juga dilaporkan telah dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan, mangsa berkenaan yang tidak dinamakan itu mempunyai pengalaman sebagai pemandu rasmi negeri selama 40 tahun.

Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

No comments:

Post a Comment