Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Pemandu cedera van berlanggar pesawat baru berlepas


08 September 2016 10:58 PM
GAMBAR yang disiarkan oleh agensi berita Apple Daily menunjukkan

GAMBAR yang disiarkan oleh agensi berita Apple Daily menunjukkan sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Dragonair berlanggar dengan sebuah van ketika hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong hari ini.-AGENSI
HONG KONG 8 Sept. - Seorang pemandu cedera di bahagian kepala dan bahu apabila van yang dipandunya berlanggar dengan sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Dragonair di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong tengah hari tadi waktu tempatan.
“Pesawat KA691 itu baru hendak berlepas dari Hong Kong menuju ke Pulau Pinang ketika perlanggaran itu berlaku,” kata seorang jurucakap yang enggan dikenali seperti yang dilaporkan oleh portal South China Morning Post.
Menurut polis, pemandu terbabit cedera selepas sebahagian daripada enjin pesawat itu menghentam van tersebut.
“Pemandu yang terperangkap dalam van itu bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dihantar ke North Lantau Hospital untuk rawatan lanjut. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemandu-cedera-van-berlanggar-pesawat-baru-berlepas-1.380377#sthash.u8KR98uP.dpuf

No comments:

Post a Comment