Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

Pelajar perempuan hilang di Paris





Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan ABD. RAZAK OSMAN

Norshakinah

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri dari Kampung Masjid, Tikam Batu di sini bimbang tentang keselamatan anak gadis mereka yang dilaporkan hilang dari rumah sewanya di Paris, Perancis selepas keluar membeli makanan kucing pada Jumaat lalu.

Norshakinah Naim, 19, merupakan penuntut tahun pertama bidang kejuruteraan kimia di Institute University of Technology (IUT) Roanne, Paris. Dia merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut bapanya, Naim Awang, 46, dia menerima berita tentang kehilangan anak gadisnya itu daripada Kedutaan Malaysia di Perancis kira-kira pukul 8.30 pagi kelmarin.

“Kehilangan anak saya disedari rakan serumahnya yang berasal dari Sabah selepas menemui telefon bimbit anak saya dalam keadaan berdering di dalam bilik.

“Norshakinah dikatakan keluar membeli makanan kucing tanpa membawa telefon bimbit dan pakaian sebelum hilang tanpa khabar berita,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini semalam.

Katanya, kali terakhir anak kedua daripada enam beradik itu menghubungi ibunya, Nor Halizah Ahmad, 43, pada hari kehila­ngannya, Jumaat lalu.

“Norshakinah berbual seperti biasa dan beritahu semuanya baik-baik belaka. Kami tidak mengesan sebarang kelainan pada dirinya,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4LVFLqbcV
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment