Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

Pelajar nyaris diculik tiga lelaki


NUR FARHANA ABDUL MANAN
28 SEPTEMBER 2016
Pelajar nyaris diculik tiga lelaki

Pelajar nyaris diculik tiga lelaki Viral mengenai kes seorang pelajar tingkatan satu yang nyaris diculik ketika berjalan kaki ke sekolah tengah hari, kelmarin.
PUCHONG – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Bandar Kinrara di sini, trauma selepas mendakwa nyaris diculik tiga lelaki yang menaiki sebuah van putih di Bandar Kinrara di sini tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa seorang pelajar lelaki dikatakan berjalan kaki dari rumah ke sekolahnya.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali Nur berkata, kebiasaan anaknya yang merupakan pengawas sekolah itu akan menaiki basikal ke sekolah.

Namun disebabkan basikal rosak, anaknya hanya berjalan kaki ke sekolah terletak tidak sampai satu kilometer dari jarak rumahnya.

“Saya terkejut bila anak saya tiba-tiba balik ke rumah dalam keadaan trauma dan menggeletar dakwa dia nyaris diculik sekumpulan lelaki.

“Anak saya beritahu tiga lelaki berbadan besar dan memakai topeng penutup mulut kejar dia,” katanya.

Nur berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas anaknya keluar dari rumah.

Ketika berjalan kaki menghampiri simpang, anaknya memberitahu ternampak sebuah van berwarna putih berhenti dengan jarak 50 meter dan tiga lelaki keluar dari kenderaan berlari menuju ke arahnya.

Disebabkan cemas, anaknya kemudian berlari memasuki beberapa lorong perumahan berkenaan dan menyembunyikan diri kira-kira 40 minit.

“Bila anak saya dah nampak ketiga-tiga suspek beredar menaiki van sama, barulah dia berani keluar dan terus balik ke rumah,” katanya yang kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan namun belum ada sebarang tangkapan dibuat sehingga semalam.

No comments:

Post a Comment