Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Padah beri maklumat palsu 21 tahun lalu



Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Kuala Pilah: Penoreh getah dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan, 21 tahun lalu.

Keputusan dibuat Majistret Farah Shuhada Ramli selepas tertuduh, Zahari, 52, yang juga warga Indonesia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi maklumat palsu ketika permohonan kad pengenalan atas nama Zahari Ahmid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Tampin, pada 6 November 1995.

Tertuduh bagaimanapun ditahan di rumahnya di FELDA Bukit Rokan Barat, Gemencheh, pada 1.15 tengah hari, Sabtu lalu, mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda antara RM3,000 hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan JPN Mohd Fazdhly Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 1:31 PM

No comments:

Post a Comment