Search This Blog

Thursday, September 8, 2016

Orang kuat Bank Rakyat didakwa






Oleh AQMAR ALLADAD

Mustafha (tengah) berjalan bersama Kamarul Hisham (kanan) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan pecah amanah.

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak dan Pengerusi bank tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Zainal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan peruntukan perbelanjaan pemasaran Bank Rakyat berjumlah hampir RM15 juta.

Bagaimanapun, Mustafha dan Abdul Aziz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, Mustafha, 48, sebagai Penagarah Urusan Bank Rakyat didakwa me­lakukan pecah amanah membabitkan peruntukan perbelanjaan pemasaran institusi kewa­ngan itu yang berjumlah RM14,991,283.20 yang diamanahkan kepadanya.

Mustafha didakwa me­lakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Travers di sini pada 11 Mac lalu.

Abdul Aziz, 65, pula didakwa bersubahat dengan Mustafha melakukan kesalahan sama di tempat dan pada tarikh yang sama.

Pertuduhan terhadap Mustafha­ dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Aziz dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 409 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dengan sebat serta denda.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4Jbv8YEI1
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment