Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

'Nampak orang usung keranda'




KEADAAN kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kampung Belukar.

myMetro
Pasir Mas: “Ketika membonceng motosikal yang saya tunggang, arwah memberitahu dia ternampak orang mengusung keranda dan bila melalui tanah perkuburan, dia maklumkan ternampak motosikal milik bapa saudara dan sepupunya di situ.

“Saya memarahinya kerana bercakap perkara seperti itu namun tidak menyangka ia petanda arwah pergi selama-lamanya,” kata Mohd Faizal Dzu, 19.

Rakan Mohd Faizal, Mohd Shahrul Nizam Mohd Zain, 15, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Belukar, di sini, jam 6.45 petang kelmarin.

Kemalangan membabitkan tiga motosikal turut menyebabkan Mohd Amirul Irwan Mezah, 19, dari Kampung Geting, Tumpat meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi cedera ringan.

Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Mohd Shahrul Nizam dari Kubang Bemban ke Gaung hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Mohd Amirul Irwan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:23 AM

No comments:

Post a Comment