Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Nama 50 penguat kuasa diserah untuk tindakan


10 September 2016 12:55 AM
  32  0 Google +0
Keratan Utusan Malaysia semalam
Keratan Utusan Malaysia semalam
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Senarai nama penguat kuasa termasuk pegawai kanan yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan sehingga menyebabkan operasi khas di Sungai Raya, perairan Pengerang, Johor semalam menghadapi pelbagai halangan akan diserahkan kepada agensi masing-masing untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, pihak ber­kua­sa juga sedang meneliti sejauh mana pembabitan mereka dalam aktiviti sindiket tersebut.
Ujarnya, berdasarkan siasatan dalaman yang dilakukan, indivi­du yang terlibat terdiri daripada pegawai kanan dan pihak bawahan beberapa agensi keselamatan dan penguat kuasa.
“Kita sedang menyediakan dokumen berhubung salah laku dan kegiatan mereka serta mengemas kini beberapa data berkaitan penyeludupan kerana bilangan pe­nguat kuasa yang terlibat dalam kes ini adalah terlalu ramai.
“Oleh itu, sedikit masa diperlukan bagi menyalurkan maklumat tersebut kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat”, katanya.
Tambah sumber, nama-nama ter­sebut akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika masalah salah laku mereka masih berlarutan.
Semalam, Utusan Malaysia me­­laporkan perairan negara bolos lagi disebabkan segelintir pe­nguat kuasa yang tidak pernah serik bersekongkol dengan penyeludup sehingga memboleh­kan pemerdagangan manusia ser­ta aktiviti penyeludupan termasuk dadah dan senjata api dibawa masuk ke negara ini.
Ini berikutan operasi khas di Sungai Raya, perairan Pengerang, Johor yang dilakukan semalam berdepan pelbagai kesukaran kerana maklumat serbuan yang dirancang teliti dan begitu dirahsiakan akhirnya bocor kerana rangkaian sindiket penyeludupan tersebut begitu meluas.
Operasi khas melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta di­koordinasikan oleh Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara berjaya merampas enam buah lori yang sarat dengan rokok dianggarkan bernilai RM19 juta.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nama-50-penguat-kuasa-diserah-untuk-tindakan-1.381008#sthash.cRyXtMjx.dpuf

No comments:

Post a Comment