Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Murid tahun tiga lemas di Sg Kampung Belimbing


4 SEPTEMBER 2016
Lemas


Lemas
TANAH MERAH - Seorang murid lelaki tahun tiga ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sebatang sungai di Kampung Belimbing Dalam di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohamad berkata, mayat Muhammad Azeem Aznan,9, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing di sini, ditemukan anggota bomba pada pukul 8.28 pagi tadi, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai mandi di sungai berkenaan berdasarkan penemuan pakaian dan selipar mangsa di tebing sungai itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Hanaffi berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis yang kemudiannya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Abdul Ghafar Mat Zain, 35, berkata mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum ini tidak pernah mandi di sungai itu.

"Ini mungkin takdirnya kerana Allahyarham tidak pernah mandi sungai walaupun rumahnya berdekatan dengan sungai berkenaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa keluar rumah pada pukul 2 petang semalam namun sehingga pukul 7.30 malam masih tidak pulang ke rumah menyebabkan anggotan keluarga serta penduduk mencarinya sehingga dijumpai pagi tadi. - Bernama

No comments:

Post a Comment