Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Mesin ATM dan peti besi disamun, Sabasun rugi RM1.14 juta





04/09/2016 12:00pm

MOHD. AZLI ADLAN




Sabasun cawangan Gong Badak kerugian RM1.14 juta selepas dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat di dalam premis itu dipecahkan sekumpulan penjenayah.

KUALA NERUS - Pasar raya, Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd. cawangan Gong Badak kerugian RM1.14 juta selepas dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat di dalam premis itu dipecahkan sekumpulan penjenayah di sini hari ini.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, tujuh suspek yang dipercayai warga asing bertindak mengikat empat pengawal keselamatan sebelum mengurung mereka di dalam sebuah stor di dalam pasar raya tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, mereka kemudiannya memecah dua mesin ATM dipercayai menggunakan gas Oxy-Acetylere manakala tiga peti besi pula ditebuk dengan mesin pemotong besi.

"Sejurus selesai mengambil kesemua duit dalam mesin ATM dan peti besi itu yang dianggarkan berjumlah RM1.14 juta, kesemua penjenayah yang bersenjatakan parang dan sepucuk pistol bertindak melarikan diri pada pukul 6.30 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz4JFy99gdf
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment