Search This Blog

Loading...

Sunday, September 11, 2016

Merangkak dari kereta tergantung


11 September 2016 12:16 AM

NEW YORK 10 Sept. – Seorang lelaki mengalami detik mencemaskan apabila dia terkandas di dalam kenderaannya yang tergantung setinggi sembilan tingkat di sebuah tempat letak kereta di sini, semalam.

LELAKI tersebut (dalam bulatan) berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai di Texas, Amerika Syarikat kelmarin. AGENSI
Menurut Mail Online, insiden itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian tersebut dan dimuat naik di laman sosial.
Dalam rakaman tersebut, lelaki yang tidak dikenali itu dilihat merangkak keluar dari ken­deraan utiliti sukan (SUV) Toyota 4Runner yang tergantung pada ketinggian 7.62 meter.
Dia berjaya menyelamatkan diri setelah memanjat bahagian hadapan kenderaan dan melompat masuk ke dalam kawasan tempat letak kereta berkenaan dengan bantuan orang ramai.
Lelaki berusia 24 tahun itu memberitahu polis, insiden berlaku apabila dia gagal memberhentikan kenderaannya ke­tika mahu meletak kereta, menyebabkan SUV berkenaan terbalik beberapa kali sebelum salah satu rodanya tersangkut pada kabel yang memagari tempat letak kereta.
Lelaki itu berkata, dia bernasib baik kerana kenderaannya tersangkut pada kabel itu, sekali gus membuatkannya tergantung daripada terus jatuh ke jalan dan boleh terbunuh.
Saksi, Andrew Miller yang merakam detik mencemaskan itu berkata kepada stesen be­rita KXAN, ketika kejadian dia sedang membeli makanan di sebuah restoran berdekatan.
“Kenderaan itu boleh terjatuh ke jalan bila-bila masa walaupun tidak berayun,” katanya.
Jabatan Bomba Austin petang semalam menerusi Facebook memaklumkan, kereta tersebut telah diturunkan dengan selamat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/merangkak-dari-kereta-tergantung-1.381290#sthash.m8gugX9r.dpuf

No comments:

Post a Comment