Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Mayat reput berbalut plastik ditemukan


EZZUAN AHMAD  |  06 September 2016 11:32 PM

reput


DUNGUN 6 SEPT. - Anggota polis mengangkat mayat reput yang ditemukan di Pulau Tenggol untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini hari ini. berita&gambar- UTUSAN/NIK RAFIQ ABDUL GHANI
DUNGUN 6 Sept.– Tanda-tanya tentang bau busuk dari satu kotak polisterin yang terdampar di tepi pantai terjawab ekoran penemuan satu mayat reput berbalut plastik dalam kotak oleh sekumpulan penyelam di perairan Pulau Tenggol, dekat sini hari ini.
Saksi kejadian, Rosamnuwar Ali, 36, memberitahu, kira-kira pukul 9.15 pagi dia bersama tiga lagi rakannya yang selesai melakukan aktiviti mensnorkel di kawasan pantai berhampiran sebelum naik ke daratan untuk berehat.
“Saya ternampak satu kotak polisterin yang mencurigakan dengan bau amat busuk lalu saya menghampiri untuk melihat apakah yang terkandung dalam kotak itu.
“Selepas membuka balutan plastik lut sinar dalam kotak itu, saya terkejut apabila mendapati mayat manusia yang sudah reput,” katanya yang juga seorang nelayan dari kampung Seberang Pintasan..
Rosamnuar yang turut menjalankan aktiviti sampingan membawa pelancong ke Pulau Tenggol itu kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.
Menurutnya, berdasarkan kepada keadaan fizikal mayat, polis percaya mangsa sudah meninggal lebih dua minggu dan berkemungkinan jantinanya adalah lelaki.
Bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan keadaan ini menyukarkan pihak polis untuk mengesahkan identitinya.
“Mayat yang ditemukan di pulau peranginan itu kemudiannya dibawa ke darat dengan menaiki bot polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
“Kita belum pasti sama ada wujudnya unsur jenayah pada mayat tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-reput-berbalut-plastik-ditemukan-1.379291#sthash.Rc9U6XDp.dpuf

No comments:

Post a Comment