Search This Blog

Sunday, September 4, 2016

Mayat mangsa kemalangan bot ditemui


  MAYAT mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan tercampak. FOTO ihsan Bomba Facebook

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Mukah: Lelaki ditemui maut, pagi tadi selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi bot di Sungai Igan, Kampung Kebuwau, Batang Igan, semalam.

Mangsa, Sulai Api, 55, ditemui pasukan pencarian, 10.55 pagi tadi selepas beliau dilaporkan hilang dalam kemalangan petang semalam.

Difahamkan, mangsa yang seorang diri ketika kejadian baru pulang dari kebun dan menuju ke rumah sebelum bot dinaiki dua lelaki tidak sempat mengelak pada 5.30 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian, sepasukan anggota bomba dibantu agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis serta penduduk kampung menjalankan operasi mencari.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak dari botnya sebelum hanyut dibawa arus sungai. Pasukan pencarian kemudiannya menemui mayat mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan tercampak.

"Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 3:26 PM

No comments:

Post a Comment