Search This Blog

Loading...

Thursday, September 1, 2016

Mayat bayi di tempat wuduk



MAYAT bayi ditemui oleh bilal masjid. FOTO ihsan pembaca

Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


Bentong: Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui di tempat mengambil wuduk di Masjid Kampung Baru, di sini, sebelum solat Subuh, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mayat bayi berkenaan ditemui dibalut kain berwarna kuning cair oleh bilal masjid yang mahu mengazankan solat Subuh .

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan S Somu berkata, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati, bayi berkenaan dipercayai ditinggalkan di masjid itu malam tadi selepas semua jemaah pulang sejurus selesai solat Isyak.

"Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong Asisten Superintendan Ashari Abu Samah di talian 09 2222222 atau 019 2166789," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 2:29 PM

No comments:

Post a Comment