Search This Blog

Loading...

Thursday, September 1, 2016

Maut tersepit lori mengundur




MANGSA tersepit selepas lori tiba-tiba mengundur. FOTO ihsan Bomba

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Pemandu lori maut tersepit antara dinding dan lorinya yang tiba-tiba mengundur di kilang di kawasan Perindustrian Johor Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Twe Gio Chang, 42, dikatakan turun dari bahagian tempat duduk pemandu untuk memunggah masuk muatan arang kayu ke dalam lori terbabit.

Bagaimanapun, lori itu secara tiba-tiba mengundur menyebabkan mangsa yang berada di antara lori dan dinding, tersepit.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan yang berlaku itu dipercayai akibat masalah brek lori terbabit.

"Mangsa dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, namun akibat kecederaan di kepala dan dadanya, dia maut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 3:54 PM

No comments:

Post a Comment