Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Maut langgar besi pembahagi jalan





10/09/2016 3:58pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI

Kereta dipandu mangsa remuk teruk

GOMBAK - Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan dalam satu kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Kepong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.23 pagi itu, mangsa, Lew Joon Siong, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Batu Caves menghala ke Kepong sebelum kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya itu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan berhampiran susur masuk ke pusat pelupusan sampah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara pendingin hawa itu dipercayai memandu laju sebelum terbabas," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz4JqAnKJjJ
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment