Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Mati tertimbus hidup-hidup



ANGGOTA keluarga mangsa berusaha mencarinya di celah runtuhan.

Agensi
Beijing: Seorang nenek berusia 92 tahun mati tertimbus hidup-hidup di China selepas pekerja binaan tersilap memilih rumah untuk dimusnahkan ketika dia sedang tidur.

People’s Daily Online melaporkan, pekerja binaan berkenaan dihantar untuk merobohkan sebuah rumah bagi tujuan pembangunan di Xuzhou tetapi tersilap alamat.

Difahamkan, mereka sepatutnya merobohkan rumah bersebelahan dan anggota keluarga mangsa tidak dimaklumkan langsung.

Lebih tragis lagi apabila mangsa tidak dapat bergerak kerana kedua-dua kakinya patah.

Menurut laporan, Pihak Berkuasa Perumahan Daerah Zhao menandatangani perjanjian untuk membeli tanah berkenaan dan memindahkan penduduknya.

Wanita berkenaan sudah bersetuju untuk berpindah, namun mendapat penangguhan kerana keadaan kesihatannya.

Kejadian itu turut disahkan syarikat terbabit yang mengakui kesilapan pihaknya.

Kes itu kini disiasat polis.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 8:14 AM

No comments:

Post a Comment