Search This Blog

Loading...

Thursday, September 8, 2016

Mangsa bunuh rupanya




Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang.

CHE Ghazali Che Awang. FOTO Hamzah Osman

Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


Langkawi: Polis mengesahkan pemandu teksi yang ditemui mati di dalam rumah di Kampung Bubur, Mukim Kedawang, kelmarin, adalah mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan retak tulang muka.

"Pada 6 September lalu polis menerima laporan penemuan mayat lelaki berusia 60-an di dalam rumah sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

"Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Ghazali berkata, siasatan lanjut, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menahan suspek wanita berusia 23 tahun, semalam.

"Berdasarkan siasatan awal suspek mengaku memukul mangsa sebanyak lima kali menggunakan batu bata sebelum melarikan diri kerana ketakutan.

"Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek terbabit positif dadah dan dia kini ditahan reman di lokap IPD Langkawi," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 1:53 PM

No comments:

Post a Comment