Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Makanan ayam disangka daging lembu



LORI yang membawa makanan ayam dibakar pelampau Hindu.

Bhopal: Kumpulan pelampau Hindu membakar sebuah trak membawa makanan ayam dan memukul pemilik kenderaan itu selepas mereka mengesyakinya membawa daging lembu.

Kejadian berlaku di Kampung Zhora, 40 kilometer dari bandar Bhopal, apabila lori berkenaan yang mengalami kerosakan terpaksa berhenti untuk mendapatkan bantuan mekanik.

Bagaimanapun, bau tulang dan organ haiwan seperti tali perut yang digunakan untuk membuat makanan ayam itu menimbulkan keraguan penduduk tempatan yang rata-ratanya pelampau Hindu.

Mereka mengesyaki trak berkenaan membawa daging lembu dari Bhopal.

Pelampau Hindu itu kemudian menyerang pemilik trak, Rajesh Jain sebelum membakar kenderaan berkenaan.

Polis berkata, mereka menangkap dua pelampau berusia 20-an tahun sementara berusaha mencari beberapa orang lagi yang terbabit dalam serangan itu.

Penganut Hindu menyembah lembu yang mereka anggap sebagai ibu kerana memberi susu. Kebanyakan negeri di India mengharamkan penyembelihan atau memakan daging haiwan itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 12:00 PM

No comments:

Post a Comment