Search This Blog

Loading...

Friday, September 9, 2016

Lumpuh jatuh pokok rambutan





Oleh ZULKIFLI MANZOR

KEADAAN Zuliah selepas terjatuh dari pokok rambutan sewaktu memetik buah berkenaan pada 2 September lalu.

SEREMBAN – Seorang ibu kepada tujuh anak lumpuh separuh badan akibat terjatuh dari pokok rambutan dalam kejadian di sebuah kebun dekat Jemapoh dekat sini baru-baru ini.

Insiden pada 2 September lalu itu menyebabkan mang­sa, Zuliah Jamaluddin, 37, yang berasal dari Felda Pasoh Tiga, Batu Kikir kini terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Adiknya, Nor Aisyah, 26, berkata, Zuliah terjatuh dari pokok rambutan pada ketinggian kira-kira tiga meter sewaktu sedang memetik buah tersebut untuk dijual di Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

“Kakak saya dan seorang rakan perempuannya memajak pokok rambutan di sebuah kawasan kampung dan ketika kejadian, mereka sedang mengambil hasilnya.

“Bagaimanapun kakak saya tergelincir sewaktu memanjat salah satu pokok kerana dahannya yang licin.

“Doktor yang merawat mengesahkan tulang belakangnya patah menyebabkan dia tidak lagi mampu bergerak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nor Aisyah berkata, kos pembedahan untuk merawat kakaknya dianggarkan kira-kira RM12,000, sedangkan suami Zuliah, Irwan Shah Somudin Abdullah, 46, cuma seorang pekerja kampung.

Zuliah dan Irwan Shah mempunyai tujuh anak berusia antara dua hingga 19 tahun.

Jelasnya, ahli keluarga yang lain cuba membantu Zuliah supaya dapat menjalani pembedahan itu, tetapi mereka hanya berjaya mengumpulkan sebanyak RM3,000.

Justeru, ujar beliau, pihaknya berharap jika ada mana-mana pihak sudi menghulurkan sumbangan bagi membolehkan Zuliah menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi beliau melalui talian 017-638 8939.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4JiCKuISh
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment