Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Lelaki maut, ibu cedera dalam kebakaran


ROSALWANI CHE SOH‎
4 SEPTEMBER 2016
Lelaki maut, ibu cedera dalam kebakaran

Lelaki maut, ibu cedera dalam kebakaran Kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kediaman di Kedai Buloh yang turut mengorbankan seorang mangsa dalam kejadian malam tadi.
KOTA BHARU - Seorang maut manakala seorang melecur dalam kebakaran di Kedai‎ Buloh di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Saifuddin Hassan, 36 dipercayai rentung selepas gagal menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam bilik air.

Manakala ibu mangsa, Rokiah Ali, 60, melecur di bahagian belakang badan sebelum berjaya diselamatkan oleh jiran yang mendukung warga emas itu keluar melalui pintu belakang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Rokiah sedang tidur dalam bilik manakala suaminya, Hassan Said, 70, terjaga dari tidur untuk ke bilik air.

Hassan berkata, ketika terjaga dari tidur dia ternampak anaknya, Mohd Saifuddin sedang cuba memadam‎kan kebakaran yang sudah marak.

"Saya turut didukung orang awam ‎memandangkan saya tidak berapa sihat dan terus di bawa keluar dari rumah.

"Isteri saya sempat diselamatkan orang kampung namun anak saya Saifuddin tidak sempat diselamatkan selepas terperangkap dalam‎ bilik air dan dipercayai lemas,"katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba‎ dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, 15 anggota dihantar ke tempat kejadian dengan empat jentera.

"Pihak kami tiba di lokasi‎ jam 1.56 pagi dan api dapat dikawal kira-kira jam 2.06 pagi selepas mengalami kesukaran ekoran jentera mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan kejadian.

"Selepas memadamkan kebakaran kita‎ mendapati terdapat seorang mangsa wanita cedera melecur di bahagian belakang badan dalam usaha memadamkan kebakaran dan dihantar ke hospital menggunakan jentera paramedik.

"Manakala seorang lagi lelaki dewasa dijumpai telah meninggal dunia di dalam bilik air rumah mangsa. Kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment