Search This Blog

Tuesday, September 6, 2016

Lelaki main Pokemon Go di gereja ditahan


06 September 2016 12:12 AM
RAKAMAN skrin yang diambil daripada sebuah video yang dimuat naik


RAKAMAN skrin yang diambil daripada sebuah video yang dimuat naik ke dalam laman Youtube menunjukkan Ruslan Sokovsky asyik bermain Pokemon Go di sebuah gereja di Rusia. AGENSI
MOSCOW 5 Sept. – Seorang penulis blog dari Yekaterinburg ditahan kelmarin selepas didapati bersalah bermain Pokemon Go di sebuah gereja di Rusia.
Selain bermain, Ruslan Soko­v­­­sky turut memuat naik rakaman menunjukkan dia memburu makhluk maya tersebut di gereja ortodoks yang dikenali sebagai Temple on Blood itu.
Menurut portal Meduza, ge­reja yang dianggap sebagai tempat suci itu dibina untuk mempe­ringati pembunuhan pemerintah terakhir kerajaan Rusia, Tsar Nicholas II dan ahli keluarganya.
Meduza yang memetik ke­nyataan polis melaporkan, tindakan lelaki itu dianggap melanggar undang-undang di Rusia serta menghina kepercayaan beragama di negara ini.
Dalam video berdurasi lebih dua minit yang dimuat naik pada 11 Ogos lalu, Sokovsky memperlekehkan arahan pihak berkuasa untuk tidak bermain Pokemon Go di gereja.
Walhal, arahan itu telah di­siarkan menerusi sebuah program berita sebelum ini yang memberi amaran mengenai perbuatan tersebut jika tidak mahu berdepan sebarang hukuman termasuk dipenjarakan.
“Siapa yang boleh menidakkan fakta bahawa kamu hanya berjalan-jalan di sekitar gereja dengan memegang telefon pintar?,” soal Sokovsky pada awal rakaman video berkenaan.
Video itu mula mendapat perhatian apabila seorang jurucakap polis tempatan, Valery Gorelykh menyifatkan perbuatan tersebut melanggar undang-undang dan mahu pesalah dipenjara sehingga lima tahun sebagai pengajaran.
Berikutan komen Gorelykh, Sokovsky akhirnya ditahan ketika berada di pangsapurinya dan didakwa menghina kepercayaan beragama yang dianggap sebagai kesalahan jenayah di Rusia.
Secara kebetulan, Sorovsky sememangnya dikenali kerana sikapnya yang antigereja dan lelaki itu dikatakan pernah mengkritik seorang paderi Rusia dalam vi­deonya sebelum ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-main-i-pokemon-go-i-di-gereja-ditahan-1.379064#sthash.cUg1szJA.dpuf

No comments:

Post a Comment